Saturday, August 1, 2015

Kenyataan ini memang pedas. Kalau anda tak baca anda telah rugi sesuatu yang berharga

..... nukilan petang

"Kelebihan orang bangla adalah rajin bekerja. Kelebihan orang kita adalah rajin berbelanja sampai hutang dan personal loan bertingket-tingket."

Seram tgk pengurusan kewangan rakyat malaysia sekarang. Berbelanja tak padan dengan pendapatan..

Lebih banyakkan kehendak berbanding keperluan.

Bila minta menyimpan untuk pelindungan asset serta merta tanak.

Bila minta menyimpan untuk pelaburan tak mampu.

Bila suruh beli rumah duit tak cukup.

Bila minta berbelanja jum selalu.

Sebab tu la hampa suka berhutang...

encik S,

Urus wang dengan betul.


‪#‎kitaAkanMegemisDiNegaraSendiri‬.

Kisah ini pasal perniagaan AJ. Anda pasti terkejut membacanya.

Kisah ini di ambil daripada salah seorang pembaca Say No To MLM..

Satu perkongsian dari seorg reader SNTM mengenai AJ. Panjang sikit, tapi bagus utk fahami apa itu AJ dan boleh fahamkan sedara mara yg nak joinT.

Sila baca dengan tenang. 

Mengikut Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993, program Affiliate Junction yang dikendalikan oleh I Synergy International Sdn. Bhd. [1062594-W] (ISI) menepati ciri-ciri skim atau perkiraan piramid menurut Sek. 27A

Sebelum anda terkena, sila baca dan fahamkan ciri-ciri skim dan perkiraan piramid menurut Jadual CIRI-CIRI SKIM ATAU PERKIRAAN PIRAMID [Seksyen 27a] di dalam Akta AJL93 tersebut:

1. Kalau Affiliate Junction mengatakan ianya bukan merekrut, ia amat salah sekali , AJ sedang merekrut anda melalui individu dan perniagaan. Sebab kali ini rekrut bukan sahaja individu, tapi ISI menghendaki rekrut itu dilakukan kepada perniagaan seseorang individu.

Anda diarahkan ke SSM untuk mendaftar perniagaan untuk menjadi ahli skim pyramid AJ ini. Ini adalah suatu kelemahan dan perangkap untuk anda. Jika anda sudah terperangkap dan berkira-kira untuk ke tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, anda akan kecewa. Kerana perkara tuntutan gantirugi perniagaan (anda) ke atas syarikat pengendali skim piramid AJ ini akan ditolak oleh Presiden TTPM kerana ianya bersifat tuntutan perniagaan dan gantirugi terhadap barang yang dituntut (Lesen Affiliate Agency) bukan barangan pengguna yang biasa digunakan pengguna. Masa ini anda akan terkenangkan duit RM22ribu atau RM110 ribu anda yang telah hangus. Apakan daya, mereka lebih pandai menipu dari anda.
Rujuk interpretasi dalam Sek. 27A tersebut, 'orang' bukan sahaja individu, tetapi persatuan, pertubuhan, perniagaan dan sebagainya

2. Jika anda ada akses kepada Perjanjian Affiliate Agency (yang masuk 22 ribu) sila rujuk Jadual 1, komisen akan diberi atas perekrutan, dengan nilai 30%. Anda dapat affiliate (downline) yang masuk RM22 ribu, anda sebagai upline akan dapat RM6.6 ribu. 
Bayangkan downline anda masuk RM110 ribu, anda akan makan duit haram RM33 ribu. Konon2 atas jualan lesen. Tapi dimanakah lesennya. Di manakah barangannya. Dalam kes ini anda akan terkena kali kedua. Program AJ tiada produk atau barangan yang nyata. Ia cuma lesen yang tak boleh dijual beli. Kali kedua anda ditipu pengendali skim piramid AJ.

3. Skim piramid biasanya tidak menyediakan kontrak (perjanjian) bertulis. Semua main janji mulut. Tapi dalam kes AJ ini, kontrak disediakan, tapi sebab anda tamak dan nak cepat dan tak reti membaca, anda akan secara sedar menandatangani kontrak (ataupun upline anda tolong sign dan tiru sign anda, sebab dia nak makan duit anda) yang berat sebelah di mana anda tak boleh tarik diri walaupun merasa tertipu.
Tak boleh dapat refund pulak tu, walaupun 50% jika rasa ditipu (Macam mana ISI nak refund, upline dah makan 30% duit anda). Ini memang skim piramid yang berselindung dengan kontrak. Ini memang ciri skim piramid. Anda ditipu kali ketiga

4. Mengikut Perjanjian Affiliate Agency, jika anda tak dapat affiliate (downline bongok) dalam masa 6 bulan, kalau tidak, tak dapat ganjaran (bonus pasif sahaja). Ini adalah motivasi untuk anda mencari downline-downline yang lain. Kalau tak, duit RM22 ribu atau 110 ribu anda hangus. Anda ditipu kali keempat

5. Ciri-ciri dan perkiraan skim piramid adalah anda boleh override ahli lain jika anda banyak duit (atau anda pergi pinjam Bank Rakyat RM150 ribu) Pembelian lesen adalah sehingga maksimum 110ribu.
RM110 ribu membolehkan anda beli pangkat QRAA di mana dapat pasang 5 lesen (kaki downline bodoh). Ini beli pangkat. Siapa duit lebih banyak dan lebih tamak, akan dapat override orang lain. Ini memang jelas ciri skim piramid mengikut AJL93.

6. Dasar bayar balik (refund) adalah tiada. Ini kerana terperangkap dengan para 3.2 di dalam perjanjian Affiliate Agency, di mana refund adalah strictly non refundable. Duit hangus. Tak boleh dapat balik dan anda akan dibuang dari skim ni. Disebabkan anda tak baca perjanjian atau sebab anda pindah duit di kaunter dan anda tak tengok pun borang perjanjian. Upline (yang makan 30% akan tolong tiru sign anda). Anda ditipu kali keenam.

7. Ciri dalam skim piramid ialah tiada buyback atau beli balik barangan anda (bukan ada barang pun) . Dalam kes AJ ini hanyalah lesen yang tak ada faedah. Dasar beli balik tiada dalam perjanjian AA ini. Sama seperti refund, jika nak jual semula Lesen (Ahli) maka refund tak akan diberi kerana terperangkap dgn perjanjian para 3.2. Duit lebur. Lesen AA pun tak boleh nak dipulangkan semula ke ISI. Anda ditipu kali ke sepuloh.

8. Ciri yang biasa skim piramid akan anda nampak tidak munasabah (atau anda tak nampak, sebab nampak duit) .
Kehendak skim tidak munasabah, sistem point belum diwujudkan. Skim Mykad Smart Shopper Programme (MSSP). Yang swipe Mykad tu, tapi sibuk mencari (rekrut) affiliate (downline). Merchant (kedai nak swipe kumpul point) pun baru 30-40 kedai je. Tak sibuk cari McDonald ke KFC ke untuk masuk jadi merchant. Kata skim register Mykad, mestilah kumpul pengguna dulu dengan banyak, bukannya cari agen (downline) untuk beli lesen.
Benda MSSP ini untuk cover sahaja. Bukan untung apa pun. Bonus pun sikit. Harga jadi mahal sebab nak compensate untuk kumpul point tu lah. Benda ini lah yang akan dicanangkan dekat prospek. Konon MDEC luluskan, JPN luluskan. Ini semua penipu. Skim piramid sekarang akan buat seolah-olah kerajaan bagi kebenaran. Anda kena tipu, sila marah kerajaan, bukan ISI. Sebab kerajaan bagi restu. Anda ditipu kali kelapan
Lagipun Lesen AA (Ahli skim piramid) tidak dapat dijual semula. Tak boleh refund untuk tarik diri

9. Ciri skim piramid kesembilan adalah anda tak boleh nak tarik diri .Pengunduran tidak dibenarkan. Tiada refund. Tiada buyback. Tak boleh return balik lesen. Terperangkap dgn perjanjian. Nak undur diri, duit fee hangus. Ni dah berapa kali kena tipu, 9 kali kan?

10 Ini memang sesuai untuk anda yang nak kaya cepat dan tamak. Peserta memang digalakkan beli lebih dari satu kedudukan, iaitu RM110 ribu, maksimum 5 lesen (untuk cari 5 downline bongok) dan dapat pangkat Qualified Regional Agency Affiliate (QRAA)
Lesen RM22 ribu pangkat Affiliate Agency (AA). Kalau seseorang QRAA dapat 5 lagi RAA bawahnya, akan dapat pangkat RAA, Regional Affiliate Agency . 
Anda akan tercengang-cengang dengan FRAA, QRAA, RAA ini. Bunyinya hebat tapi hanyalah peserta skim piramid AJ yang dapat kumpul downline
Wang yang dah terkumpul (konon2 jualan) adalah 660 ribu dan RAA tersebut telah makan 130ribu hasil komisen rekrut pembeli lesen (downline)
Bayangkan berapa ribu orang yang dah ditipu dengan janji-janji manis AJ ini, dan berapa juta kerugian kepada Melayu (yang terhegeh-hegeh nak cepat kaya)
ISI tak ada lesen AJL93 (konon-konon ini bukan MLM dan skim piramid), dan yg menghairankan mengapa I Synergy Holding (ISH) apply lesen AJL93 dahulu?
Dan biarkan ianya expired tanpa diperbaharui dan ISH menggunakan ISI sebagai tangan pemasaran (marketing hand) untuk buat skim ini. (bukti anda boleh rujuk laman web AJ)
Banyak perkara mirip skim piramid yang dilabel semula. 
Skim piramid jadi skim affiliate. Produk/barangan jadi lesen Affiliate Agency. Downline jadi affiliate. Peserta individu (kena daftar SSM) jadi peserta perniagaan. Komisen dapat downline jadi komisen referral.
Benda-benda ini KPDNKK pun pening. Jadi sebelum ISI tutup dan AJ ni melingkup. Baik anda buat aduan cepat. Nak tuntut di tribunal pengguna tak boleh pula.
Perniagaan ini tak sustainable, sebab ia bukan perniagaan, ia skim piramid

- I Am Groot -

Monday, January 19, 2015

Bagaimana untuk gandakan harta anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
===Bagaimana untuk gandakan harta anda===

Encik, bagaimana nak pastikan harta berkembang dari tahun ke tahun?

Ada pelbagai cara contohnya:

1. Buat simpanan di Tabung Haji akan berkembang daripada RM 10, 000 menjadi ke RM20, 000.
2. Dapatkan pendapatan daripada rumah sewa dengan cash follow yang positif misalnya daripada RM 100 ke RM 200.
2. Melabur di amanah saham daripada unit yang kecil lama lama tambah jika mempunyai lebihan wang.

Ingat, tiada skim cepat kaya dan perniagaan yang menjanjikan bulan dan bintang. Jika ada mohon jauhkan. Hal ini kerana jika kita tanam poko buah apple sekalipun. Adakah kita boleh menuai hasilnya pada keesokkan harinya?

Oleh yang demikian. Tak ada skim cepat kaya. Kalau ada pun nasib/rezeki.. Jadi, saya anti skim cepat kaya..

Bersabarlah kerana dalam kesabaran ada kenikmatan.

Jadi, bagaimana hendak mengurus kewangan dengan baik?

Berjimat dan membeli mengikut keperluan.

* Jangan mengumpul hutang dan piutan untuk menunjuk-nunjuk kemewahan.
* Menyimpan baru berbelanja.
* Rajinkan diri untuk sedekah kerana tak miskin aihh.
*Jangan membazir membeli mengikut nafsu.
* Menjanjikan sesuatu keuntungan ada riba.

Islamic Financial Planner.
Like dan share jika bermanfaat.